Sunday, January 13, 2008

Wanita berwatak lelaki giat perangkap siswi IPT

KUANTAN: Bermodalkan air liur dan helah konon tersalah mendail
nombor telefon, seorang wanita berperwatakan lelaki dikesan giatmemerangkap
siswi institusi pengajian tinggi (IPT) di sini, bagi melampiaskan nafsunya.

Rata - rata sasaran mangsa ialah terdiri daripada pelajar IPTA kerana pelajar2
ini singkat akal dan mudah di tipu. Bermula dengan perbualan biasa, kemudian berbau lucah
kemudian wanita berkenaan mula mengajak mangsa mengadakan "Phone- sex". Wanita berkenaan
biasanya menunggu sehingga jam pukul 12 tgh malam sebelum memulakan aktivinya kerana pada waktu itu,
wanita itu mengaktifkan "Super saver" RM3 untuk satu jam.

Soalan2 lazim yang di tanya kepada mangsa adalah seperti sama ada mangsa sudah berteman lelaki atau belum,
mempunyai pengalaman sex atau tidak, soalan berkisar perihal sex mangsa seperti, pernahkah mangsa melakukan
"mastubartion", memiliki dildo atau tidak dan macam2 soalan lagi..

Jika mangsa memberikan respon positif, wanita itu kemudian bertanya kan Jenis pakaian mangsa ketika itu
(yang dipakai semasa sedang berbual), warna pakaian dalam dan lain2 lagi. Wanita itu kemudian
berjanji akan memberi beberapa majalah secara percuma dan Top up RM10 kepada mangsa jika mangsa bersetuju
melayan nafsunya , dengan merengek dengan nada bernafsu melalui telefon.

Seorang mangsa, Siti Nurfikaq Ashari, 20, atau lebih mesra sebagaiAnne, mendakwa
menerima panggilan daripada wanita misteri itu seminggusekali pada waktu tengah malam ketika sedang
mengulang kaji pelajaran.

Friday, January 11, 2008

Makin Baca, Makin Meluat

Menurut Perlembagaan, Bahagian 2, KEBEBASAN ASASI
5. kebebasan Diri

(1) Tiada Seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan
dirinya kecuali menurut Undang- undang..

..Bunuh Pakai C4 tu ikut Undang- undang mana Yek??

8. Sama Rata

1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang- undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang.

...Ini Diguna pakai untuk penduduk malaysia sahaja selain dari pembangkang
sahaja...Rujuk perbezaan HINDRAF - Batu buruk

10. kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

1)
a) Tiap2 warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran

...tapi saluran mana yang boleh diguna-pakai??

B) semua warga negara adalah berhak berhimpun secara aman dan tidak bersenjata

..tiada senjata, polis ada senjata, warganegara yang kena tembak..


BaHAGIAN 10 - pERKHIDMATAN AWAM

145- PEGUAM NEGARA

3) Peguam negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi
bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai
sesuatu kesalahan

..Bestnya jadi manusia bernama Ghani Patail...ada kuasa pengampon...

Thursday, January 10, 2008

lelaki cabol lelaki or Perempuan?

Pelajar lelaki cabul, ugut rakan serumah..

KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta mengugut selepas mencabul rakan serumahnya membawa padah apabila mangsa membuat laporan polis, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam 25 Disember lalu, mangsa berusia 18 tahun dari Kampung Mak Lagam, Kemaman dikatakan tidur bersama suspek dan seorang lagi rakan di rumah sewa berhampiran sebuah sekolah di Marang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah I negeri, Superintendan Khairi Ahrasa, berkata ketika tidur, mangsa dikatakan terasa kemaluannya diraba seseorang sebelum terjaga.

Menurutnya, berikutan itu, mangsa bertanyakan suspek yang ketika itu turut tidur di sebelah mengenai kejadian berkenaan sebelum suspek bertindak melarikan diri ke bahagian lain rumah terbabit.
Katanya, seorang lagi rakan mangsa yang turut berada di rumah berkenaan melihat suspek meraba kemaluan mangsa ketika sedang tidur.
“Mangsa yang tidak berpuas hati pergi menemui suspek sebelum diugut supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa.

“Mangsa yang bimbangkan keselamatannya terhadap ugutan itu membuat aduan di Balai Polis Marang, kira-kira jam 6.10 petang kelmarin,” katanya.

Beliau berkata, susulan aduan itu, suspek juga berusia 18 tahun, rakan sekolej mangsa berasal dari Gong Badak, di sini ditahan kira-kira jam 1.20 pagi semalam di rumah sewa mereka di Marang.




KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swasta mengugut selepas mencabul rakan serumahnya membawa padah apabila mangsa membuat laporan polis, kelmarin.

Dalam kejadian jam 12.10 tengah malam 25 Disember lalu, mangsa berusia 18 tahun dari Kampung Mak Lagam, Kemaman dikatakan tidur bersama suspek dan seorang lagi rakan di rumah sewa mangsa terbabit (perempuan) berhampiran sebuah sekolah di Marang. Ibu bapa pelajar terbabit tidak mengetahui rumah sewa anak perempuan ya di kunjungi oleh rakan2 lelaki anaknya"..
"mak cik tak tau anak makcik bawa lelaki balik, anak mak cik baik, dekat rumah tak tinggal sembahyang, balik rumah cium tangan mak cik...mak cik betul2 tak sangka.."
kata ibu mangsa..


KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang pelajar lelaki sebuah kolej swastamengugut selepas mencabul rakan serumahnya membawa padah apabila mangsamembuat laporan polis, kelmarin.

Mangsa, berkata beliau memang mengenali pencabol berkenaan kerana adalah rakan kepada teman lelaki kawannya.
pencabol itu sebelom ini selalu singgah ke rumah sewa berkenaan apabila menemani kawannya yang merupakan teman lelaki
kepada kawan mangsa, sambil mengadakan hubungan seks di bilik berasingan


....berapa banyak kawan punya kawan daaaa...






Disclaimer- Berita yang atas tu sumber betul, yang dua lagi parody..

REWIND 2007- Pantun Juwaini Dan Bilis

melombong di kuala pasirnya kasar
perahu hanyut di musim tengkujuh
johor dilanda banjir nan besar
pembuka tirai tahun 2007

redup merimbun pohon beringin
tampak serasi bersilang dahan
banjirnya kelantan dek salah pemimpin
banjirnya johor dikatanya ujian

musim tengkujuh mana ada kerisi
nelayan turun tak balik2
najib datang menyenduk nasik
akak pink sebelah memandang jelik

buah rambutan merah berbara
jadi santapan si alu-alu
luarnya tenang di dalam gelora
C4 disedia kalau diperlu

comel2 protong tiara
molek lagi savvy impian
surut banjir terdengar suara
empangan pulak jadikan alasan

redup merimbun pohonan cermai
tempat si merbah leka bernyanyian
menteri perdana nak tunjuk pandai
suruh sungai dikerat diluruskan

balik mesir pikul dhab
xder duit pi gadaigelang
satu lagi persoalan belom terjawab
awat tahun lepas kerap sangat menghilang??

anak harimau berbelang belang
anak tenuk menghisap shisha
mestilah memanda kuat menghilang
curry house ostolia sapa mau usha?

mam besaq di panggil "madam"
akak pink sampai sekarang terkilan2
apakah sebab x cukup mandrem
nasi kandaq bertahan hanya 3 bulan?

rumah orang kaya pasang parabola
orang miskin tak cukur bulu
mandremnya cukup lengkap segala
sayang gelang ular tak pakai selalu

...depa basuh periuk kari ni, mana bleh basoh


anak gahara datang bertamu
sambil diiring anak penyamun
entah di mana hilangnya warasmu
si anak kecil diterung ditimun

pohon bemban tegap batangnya
tempat bernyanyi murai sekawan
si menteri perdana bertemu jodohnya
jangan terleka hingga kesiangan

asal puasa saja tiada gula
jenuh rakyat cari merata
bulan march perbicaraan bermula
kantoi makcik polis tak jaga senjata

hari ini minyak esok gula
jimat membeli bukan kedekot
bulan march makhamah bermula
bom hilang tiada rekod??

menyanyi rap sambil dengar lagu adam
kuku dipotong pakai nail clipper
mestilah rekod sudah dipadam
orang besar negara yang punya liquid paper

si razak masih di kandang besi
ditemani sirul rakan azilah
bisa sungguh mulut si saksi
pasal gambaq gelabah satu makhamah

burung punggok duduk tercongok
bermain di tepi pohon kelapa
mana pi gambaq aku nak tengok
"not relevant" terus jadi zikir depa

manis2 namanya betik
manis lagi si buah langsat
pasal gambaq aku jadi pelik
terang2 Super impose pon nak siasat?

dexa digigit lipan bara
tu pun ada hati nak jadi mod current issue
superimpose depa tak kira
asalkan boleh alih isu

akak pink pandang jeling jelik
somi lupa mandi wajib
satu lagi aku pelik?
awat diorg takut sangat nama NAJIB

hari hari baca berita harian
berita memaparkan pasal firaun
nama najib depa tak heran
title timbalan PM tu depa gerun

kembali cerita tentang pak hadori
cerita ceriti dalam kain
hai..mula2 nafi..
last2 kawin

orang panggil sawah aku panggil bendang
yang penting cukup masa kena kita tuai
sebenarnya lama sudah dipandang
sejak mereka beripar duai

gegaq gempita seluruh negeri
kisah pok hodori si dahi licin
timbul lagi satu misteri
awat dlm masjid "just" sarung cincin?


>>>nikah awai x habaq nooo.

indah suasa tidak terperi
tampak berkilau biarpun lama
itu la amalan si islam hadhari
majlis nikah formaliti cuma

Kisah mak cik tapai

'Lembaga' rogol wanita

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim

KUALA TERENGGANU: Akibat terlalu letih membungkus tapai untuk menyambut Aidilfitri, seorang suri rumah mendakwa dirogol seorang buruh yang menumpang di rumahnya.

Menurut sumber, dalam kejadian di rumah mangsa di Kemaman, Jumaat lalu, suri rumah itu yang berusia 40-an itu dikatakan berjaga hingga lewat malam untuk membungkus tapai sebelum masuk ke bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi.

Katanya, mangsa turut dikatakan ternampak buruh terbabit menonton televisyen di ruang tamu rumah berkenaan.

Suspek yang berusia 29 tahun itu didakwa tinggal bersama keluarga mangsa sejak dua bulan lalu.

“Mangsa dikatakan terus terlelap sejurus berada di bilik sebelum suspek menyelusup masuk.

“Ketika itu, mangsa dikatakan terbangun dan menyangkakan suaminya sudah pulang kerja, tetapi tidak dapat mengecam kerana keadaan bilik gelap.

“Tetapi, mangsa menyedari ada sesuatu yang tidak kena kerana gaya berpakaian ‘lembaga’ yang masuk ke bilik itu berbeza dengan suaminya,” katanya.

Namun, kata sumber itu, disebabkan terlalu letih, suri rumah itu tidak mempedulikannya lalu terus menyambung tidur.

Suspek kemudian didakwa ‘berlakon’ sebagai suami mangsa lalu melakukan hubungan seks.

Bagaimanapun, sumber itu menyatakan suami mangsa sempat melihat buruh terbabit keluar dari bilik itu ketika dia tiba dari tempat kerja kira-kira jam 9 pagi.

Ini membuat si suami bertanyakan sama ada isterinya menyedari ada orang masuk ke bilik berkenaan.

Mangsa terkejut kerana mendapati dia tidur bersama dengan lelaki yang bukan suaminya.

Justeru, kedua-dua mereka membuat laporan polis kira-kira jam 5.30 petang hari yang sama.

Selepas itu, polis menahan suspek di rumah berkenaan kira-kira jam 10.30 malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan ketika mengesahkan kes terbabit, berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana berkaitan rogol.

Bantal Untuk PM

Maksiat Dalam Rumah Sewa

JOHOR BAHRU: Dua pasangan, termasuk seorang pemuda yang mengambilkesempatan
melakukan maksiat ketika ibunya bekerja syif malam dicekuppenduduk dengan
bantuan polis di sebuah rumah di Kampung Kangkar TebrauBaru,
di sini, kira-kira jam 7 pagi kelmarin.

Lelaki berusiapertengahan 20-an yang bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuahkilang
itu didapati berpakat dengan seorang lagi penyewa di kediaman terbabit, bagi melakukan perbuatan terkutuk dengan pasanganmasing-masing.

Difahamkan, kedua-dua lelaki itu membawa masukdua gadis berusia dalam lingkungan 20-an
ke kediaman berkenaan padaawal pagi, bagi mengelak perbuatan mereka itu terbongkar,
tambahan pulaketika ketiadaan ibu seorang lelaki terbabit.Kegiatan mereka berjalan lancar
sejak dari tiga bulan lalu,
namun ianya terbongkar apabila sekumpulan "mat rempit" yang panas hati kerana tidak
dibenarkan menggunakan rumah sewa itu untuk bersama pasangan mereka.


intipan dilakukan selama 30 minit, mendapati, kedengaran bunyi hilai tawa- usik mengusik, kemudian
suara merengek yang agak kuat lebih kurang 10 minit kemudian di dalam kediaman terbabit.
Seorang penduduk sempat merakam aksi mereka menggunakan telefon bimbit, namun beliau berkata
ianya untuk koleksi peribadi.

Walaubagaimana pun, pihak penduduk menyangkal "kasut wanita" itu adalah kepunyaan teman wanita tertuduh.

'Kalo terumpah BUROK pon nak jadikan cerita, pilih la kasot molek2 sket..."
ujar makcik yang kesal kasut terompah kepunyaan Ibu tuan rumah dikatakan milik teman wanita lelaki itu, seperti yang disiarkan, semalam

Jangan percaya...hanya utk hiburan