Friday, January 11, 2008

Makin Baca, Makin Meluat

Menurut Perlembagaan, Bahagian 2, KEBEBASAN ASASI
5. kebebasan Diri

(1) Tiada Seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan
dirinya kecuali menurut Undang- undang..

..Bunuh Pakai C4 tu ikut Undang- undang mana Yek??

8. Sama Rata

1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang- undang dan berhak
mendapat perlindungan yang sama rata di sisi undang- undang.

...Ini Diguna pakai untuk penduduk malaysia sahaja selain dari pembangkang
sahaja...Rujuk perbezaan HINDRAF - Batu buruk

10. kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

1)
a) Tiap2 warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran

...tapi saluran mana yang boleh diguna-pakai??

B) semua warga negara adalah berhak berhimpun secara aman dan tidak bersenjata

..tiada senjata, polis ada senjata, warganegara yang kena tembak..


BaHAGIAN 10 - pERKHIDMATAN AWAM

145- PEGUAM NEGARA

3) Peguam negara adalah mempunyai kuasa, dan kuasa itu hendaklah dijalankan menurut budi
bicaranya, bagi membawa, menjalankan atau memberhentikan apa-apa perbicaraan mengenai
sesuatu kesalahan

..Bestnya jadi manusia bernama Ghani Patail...ada kuasa pengampon...

No comments: