'Lembaga' rogol wanita
Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
KUALA TERENGGANU: Akibat terlalu letih membungkus tapai untuk menyambut Aidilfitri, seorang suri rumah mendakwa dirogol seorang buruh yang menumpang di rumahnya.
Menurut sumber, dalam kejadian di rumah mangsa di Kemaman, Jumaat lalu, suri rumah itu yang berusia 40-an itu dikatakan berjaga hingga lewat malam untuk membungkus tapai sebelum masuk ke bilik tidurnya kira-kira jam 5 pagi.
Katanya, mangsa turut dikatakan ternampak buruh terbabit menonton televisyen di ruang tamu rumah berkenaan.
Suspek yang berusia 29 tahun itu didakwa tinggal bersama keluarga mangsa sejak dua bulan lalu.
“Mangsa dikatakan terus terlelap sejurus berada di bilik sebelum suspek menyelusup masuk.
“Ketika itu, mangsa dikatakan terbangun dan menyangkakan suaminya sudah pulang kerja, tetapi tidak dapat mengecam kerana keadaan bilik gelap.
“Tetapi, mangsa menyedari ada sesuatu yang tidak kena kerana gaya berpakaian ‘lembaga’ yang masuk ke bilik itu berbeza dengan suaminya,” katanya.
Namun, kata sumber itu, disebabkan terlalu letih, suri rumah itu tidak mempedulikannya lalu terus menyambung tidur.
Suspek kemudian didakwa ‘berlakon’ sebagai suami mangsa lalu melakukan hubungan seks.
Bagaimanapun, sumber itu menyatakan suami mangsa sempat melihat buruh terbabit keluar dari bilik itu ketika dia tiba dari tempat kerja kira-kira jam 9 pagi.
Ini membuat si suami bertanyakan sama ada isterinya menyedari ada orang masuk ke bilik berkenaan.
Mangsa terkejut kerana mendapati dia tidur bersama dengan lelaki yang bukan suaminya.
Justeru, kedua-dua mereka membuat laporan polis kira-kira jam 5.30 petang hari yang sama.
Selepas itu, polis menahan suspek di rumah berkenaan kira-kira jam 10.30 malam.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan ketika mengesahkan kes terbabit, berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana berkaitan rogol.
No comments:
Post a Comment